Taylor’s Community kembali lagi di tahun 2023 dengan misi kami untuk memperkasakan komuniti usahawan terutamanya para alumni program komuniti bersama Taylor’s Community sebelum ini melalui latihan berstruktur untuk mendapat titik pencapaian terbaharu dalam kehidupan mereka dengan menjadi Train-The-Trainer (TTT) untuk program komuniti yang akan datang.
Seramai 13 orang alumni menghadirkan diri untuk mencabar kemampuan mereka untuk menjadi tenaga pengajar setelah berjaya menempuhi perjalanan sebagai peserta program sebelum ini. Kami berjaya menjalankan sesi latihan TTT bersama in-house trainer kami, iaitu Amalina, Nabilah, Adibah, Ramzi, Attilya dan Hannah pada 15 hingga 17 Mac. Kami amat berbangga melihat semangat dan perkembangan para usahawan ini selepas melalui program keusahawanan komuniti bersama kami. Diharapkan ilmu dan perkongsian yang dikongsikan semalam menjadi batu loncatan untuk perkembangan setiap individu yang hadir.
Nantikan perkembangan terkini watak-watak hebat dalam komuniti ini dalam perjalanan baharu mereka sebagai TTT bersama Taylor’s Community!