Program #JomBiz untuk tahun 2023 – 3 Kohort

Taylor’s Community bekerjasama dengan RHB bagi Program #JomBiz untuk tahun 2023 – 3 Kohort lagi akan dijalankan!

Adakah anda pemilik perniagaan kecil atau menjalankan perusahaan mikro dengan pendapatan isi rumah di bawah RM5,000?

Kami sedang mencari anda!

Ikuti Program #JomBiz RHB kami – inisiatif oleh RHB dengan kerjasama Taylor’s Community di mana anda akan didedahkan kepada kursus keusahawanan ‘bootcamp’ selama 5 hari untuk mempersiapkan anda dalam menghadapi cabaran perniagaan dunia sebenar.

Setelah selesai ‘bootcamp’, anda akan membentangkan apa yang telah anda pelajari melalui pembentangan perniagaan untuk peluang memenangi modal perniagaan bernilai sehingga RM15,000.

Juara: RM15,000

Tempat Kedua: RM12,000

Tempat Ketiga: RM10,000

7 Hadiah Saguhati: RM5,000 setiap pemenang

Tempat 11-30: RM2,000 setiap pemenang

Daftarkan diri segera di https://www.rhbgroup.com/jombiz_bm/index.html untuk menyertai program ini, peserta yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.