


“Taylor’s Golden Smash” in collaboration with Duo Sparks Badminton Academy.

Join Taylor’s Golden Smash Clinic to:
1. Enhance your technique and skills in Badminton
2. Train with professional badminton coaches
3. Develop your communication skills and self-esteem
There will be a tournament at the end of this program!
Open for 50 participants aged 16 to 25 years old from B40 and Refugee youth
Badminton jersey, food & beverages are included.
Click Registration Link: https://bit.ly/PendaftaranPesertaTGS
or Scan the QR code.

RHB #Jombiz Program
Jom lihat impak daripada kelas ke-3 bagi program RHB #Jombiz!
Sabtu lalu kelas ke-3 fasa edukasi ke-2 telah berlangsung buat Program RHB #Jombiz. Pada hari tersebut, peserta didedahkan dengan 2 module iaitu pertama Kebolehsuaian Perniagaan Dalam Era Digitalisasi oleh En Rawi, Founder Onlinejer.com
dan module kedua yang khusus buat IKON RHB tentang Pengurusan Masa yang Berkesan oleh trainer En Azim iaitu Pegawai Psikologi dari PKD Gua Musang. 100% mengatakan tahap pemahaman dengan topik Kebolehsuaian Perniagaan dalam Era Digitalisa telah menanjak naik dan 97% bersetuju topic ini dapat membantu perniagaan masing-masing untuk berkembang lebih maju! Untuk module Pengurusan Masa yang Berkesan pula, 91.7% peserta menyedari bahawa topic ini adalah sangat penting untuk menjadi seorang ketua yang di segala bidang! Hebat!
Saksikan impak program RHB #JomBiz di post bulan ha#jombiz

PruKasih Taylor’s Entrepreneurship Program 2023
Hari yang penuh dengan ilmu! Kelas pertama Program Keusahawanan PruKasih Taylor 2023 telah berlangsung pada hari Sabtu 13 Mei 2023, di mana peserta memulakan program dengan mempelajari tentang diri mereka dan perniagaan mereka. Program dimulakan dengan sesi suai kenal yang diketuai oleh En Mad Rizal dari Prudential Malaysia. Para peserta diajar untuk mengetahui personaliti mereka serta pelanggan mereka untuk meningkatkan jualan. Modul pertama telah disampaikan oleh, Mama Cindy yang menyentuh topik “Vision Board” dan Objektif Perniagaan. Ia adalah sesi yang penuh emosi ketika dia menyelam jauh ke dalam hati para peserta untuk merangkul impian dan visi mereka. Bahagian kedua kelas diketuai oleh pelatih Taylor’s Community sendiri, Belle di mana dia telah menerangkan kepada para peserta elemen dalam membina Profil Perniagaan dan Cadangan Jualan Unik unutk perniagaan mereka. Para peserta pulang dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai visi dan perniagaan mereka. Semak infografik untuk melihat impak kelas pertama!

Program #JomBiz untuk tahun 2023 – 3 Kohort

Adakah anda pemilik perniagaan kecil atau menjalankan perusahaan mikro dengan pendapatan isi rumah di bawah RM5,000?
Kami sedang mencari anda!
Ikuti Program #JomBiz RHB kami – inisiatif oleh RHB dengan kerjasama Taylor’s Community di mana anda akan didedahkan kepada kursus keusahawanan ‘bootcamp’ selama 5 hari untuk mempersiapkan anda dalam menghadapi cabaran perniagaan dunia sebenar.
Setelah selesai ‘bootcamp’, anda akan membentangkan apa yang telah anda pelajari melalui pembentangan perniagaan untuk peluang memenangi modal perniagaan bernilai sehingga RM15,000.
Juara: RM15,000
Tempat Kedua: RM12,000
Tempat Ketiga: RM10,000
7 Hadiah Saguhati: RM5,000 setiap pemenang
Tempat 11-30: RM2,000 setiap pemenang
Daftarkan diri segera di https://www.rhbgroup.com/jombiz_bm/index.html untuk menyertai program ini, peserta yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.

Train-the-Trainers (TTT) Training
Taylor’s Community kembali lagi di tahun 2023 dengan misi kami untuk memperkasakan komuniti usahawan terutamanya para alumni program komuniti bersama Taylor’s Community sebelum ini melalui latihan berstruktur untuk mendapat titik pencapaian terbaharu dalam kehidupan mereka dengan menjadi Train-The-Trainer (TTT) untuk program komuniti yang akan datang.
Seramai 13 orang alumni menghadirkan diri untuk mencabar kemampuan mereka untuk menjadi tenaga pengajar setelah berjaya menempuhi perjalanan sebagai peserta program sebelum ini. Kami berjaya menjalankan sesi latihan TTT bersama in-house trainer kami, iaitu Amalina, Nabilah, Adibah, Ramzi, Attilya dan Hannah pada 15 hingga 17 Mac. Kami amat berbangga melihat semangat dan perkembangan para usahawan ini selepas melalui program keusahawanan komuniti bersama kami. Diharapkan ilmu dan perkongsian yang dikongsikan semalam menjadi batu loncatan untuk perkembangan setiap individu yang hadir.
Nantikan perkembangan terkini watak-watak hebat dalam komuniti ini dalam perjalanan baharu mereka sebagai TTT bersama Taylor’s Community!