PruKasih Taylor’s Entrepreneurship Program 2023

Hari yang penuh dengan ilmu! Kelas pertama Program Keusahawanan PruKasih Taylor 2023 telah berlangsung pada hari Sabtu 13 Mei 2023, di mana peserta memulakan program dengan mempelajari tentang diri mereka dan perniagaan mereka. Program dimulakan dengan sesi suai kenal yang diketuai oleh En Mad Rizal dari Prudential Malaysia. Para peserta diajar untuk mengetahui personaliti mereka serta pelanggan mereka untuk meningkatkan jualan. Modul pertama telah disampaikan oleh, Mama Cindy yang menyentuh topik “Vision Board” dan Objektif Perniagaan. Ia adalah sesi yang penuh emosi ketika dia menyelam jauh ke dalam hati para peserta untuk merangkul impian dan visi mereka. Bahagian kedua kelas diketuai oleh pelatih Taylor’s Community sendiri, Belle di mana dia telah menerangkan kepada para peserta elemen dalam membina Profil Perniagaan dan Cadangan Jualan Unik unutk perniagaan mereka. Para peserta pulang dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai visi dan perniagaan mereka. Semak infografik untuk melihat impak kelas pertama!